prosedur membuat passport di JIM Putrajaya
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Antum ada
yang nak buat passport ke tuu, mari saya tunjukkan cara, detail punya
insya-Allah
Ini mengikut
pengalaman saya yang pergi buat passport sorang sorang di Putrajaya. Pertama
sekali antum boleh cari tempat membuat passport yang berdekatan tempat tinggal
antum. Yang ini boleh search dalam google ye hehe.
Haritu saya
buat di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
di Putrajaya yang berdekatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Okay
setibanya saya di dalam JIM itu,
1. 1) Cari bahagian
keselamatan dan passport di aras 3
2. 2) Masuk ke
bahagian passport dan ambil nombor giliran di sebelah kanan pintu masuk
3. 3) Tunggu nombor
giliran dipanggil
4. 4) Setibanya nombor
antum dipanggil di kaunter, perkara yang dilakukan adalah
-diminta salinan ic dan ic asal
-ambil gambar passport di situ juga (buka cermin mata jika pakai, tidak
boleh memakai kanta lekap, tudung berwarna gelap dan menutupi bahu dan dada,
kalau lelaki tidak boleh memakai apa apa di atas kepala)
-ambil cap jari
5) tunggu
lagi nombor untuk membuat pembayaran
-pembayaran tidak boleh berbentuk
wang tunai
-boleh menggunakan kad kredit atau
debit
-akan dapat resit rasmi
6) tunggu
lagi nombor untuk pungutan passport yang sudah selesai!
-passport sedah siap dan boleh
digunakan😊😊
Alhamdulillah
selesai! Itu sahaja prosedurnya. Mudah kan? Tapi itu kalau di JIM di Putrajaya,
kalau di tempat lain saya tak pasti prosedurnya sama ataupun tidak hehe.
Terima kasih
semua!
Comments
Post a Comment